Batam, metroposid.com: Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026, dibuka dengan meriah dengan persembahan Zapin Mehlah Johor melibatkan 4.000 penari, di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Malaysia, Jumat (12/12/2025).
Tahun Melawat Johor 2026, dibuka secara langsung oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ia menyatakan bahwa Johor memiliki kekayaan alam semula jadi, warisan dan kebudayaan yang menjadi tarikan utama pelancong domestik dan antarabangsa.
“Johor mempunyai banyak pulau yang indah seperti Pulau Rawa, Pulau Mawar, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan banyak lagi. Kita juga memiliki taman tema bertaraf dunia seperti Legoland, Adventure Waterpark Desaru Coast dan Austin Heights Water & Adventure Park,” sebutnya.
Dari pada itu, Johor menargetkan sasaran menarik 12 juta pelancong dengan potensi pulangan ekonomi melebihi RM42 bilion bersempena Tahun Melawat Johor 2026.
Onn Hafiz Ghazi, turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang giat menaik taraf pelbagai infrastruktur pelancongan termasuk Zoo Johor yang kini berwajah baru dan telah menerima 1.2 juta pelawat sepanjang tahun ini.
Dalam sambutnya, Onn Hafiz Ghazi turut menekankan peningkatan kemudahan logistik dan pengangkutan, terutamanya melalui rangkaian udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Ia menjelaskan, Senai mencatat 536 pergerakan penerbangan seminggu dan menghubungkan Johor secara terus ke 20 destinasi12 domestik dan 8 antarabangsa termasuk Bangkok, Ho Chi Minh, Guangzhou, Jakarta, Surabaya, Makkah dan Jeddah,
.
Bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Johor 2026, lebih 60 acara berskala besar akan dianjurkan. Antaranya Festival Majestic Johor, International Zapin dan Musical, Festival Layang-Layang, Johor Mountain, Pesta Durian Segamat serta pelbagai acara sukan, alam dan komuniti yang dijangka menghidupkan suasana pelancongan negeri sepanjang tahun.
Tahun Melawat Johor 2026 membawa tagline rasmi “Meh Lah Johor!”, melambangkan keramahan rakyat negeri itu dalam menyambut tetamu. Dua maskot rasmi, Cuping & Jucy, yang menggambarkan harimau belang spesies Panthera tigris, turut diperkenalkan sebagai simbol kempen tersebut. Pelancaran malam dimeriahkan dengan pertunjukan dron Visit Johor 2026 dan artis-artis Malaysia.






